WARNING! Some of the English application (also the grammar) might be wrong as I'm not good enough in English.

Pages

From Me

Did you perform your solah before read the entries on my blog?

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it." - Al-Tirmidhi, Hadith 148

Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Sempena maulidur rasul ..

Saya nak post satu nasyid yang saya selalu nyanyi untuk tidurkan anak sedara saya si Asyraf :)



Sambil2 tu mari kita hayati Pesanan Terakhir Rasulullah SAW untuk Umat2 Akhir Zaman . Pesanan Rasulullah ketika khutbah Haji Wida'

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarangmelakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Nota Cinta : Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam

Kahwin dgn Orang Jauh? Serve my right !

Annyeong Haseyo ,

Cerita ni berlaku tahun lepas . Time semua siblings balik. Tak silap saya masa tu raya korban . Seperti biasa , waktu tengah hari kami akan berkumpul di dapur . Menunggu hidangan lunch masak. Jejaka2 kat rumah saya memang suke wat sibuk kat dapur . Tak tahu lah kenapa . Dah habit diorang kot. 

Kami duduk la bersila kat atas lantai beramai2 sambil ada yg makan biskut, ada yang kopek mangga , ada yang peluk tupperware keropok dan mcam2 ragam lagi la . Tak lepas juga ade yg sibuk melayan anak nak itu ini. Keriuhan familyku tiba2 menjadi senyap pabila abangku yg bongsu bersuara :-

"mak tadi dhil jumpa kawan lama dhil yg kerja kat pejabat tanah , dia duduk kat kampung bukit tumbuh je . tu yang dhil balik lambat tu . Nama dia Mas ........ " mas ape entah abang cakap hari tu. banyak lupa wo ..

"iye ke ? bagus la tu. senang2 kawin je dengan dia dhil. dekat sikit. toksah lah kawin dengan org jauh. Malas dah mak nak hantarnya.." Tetiba Mrs Ibu melalut ke lain . Bikin panik abang je .

"dengar tu dhil , mama nak menantu dekat2 je. sian kat mama tak larat dah nak pergi buat rombongan jauh2" Kakakku menyampuk . dia mmg panggil Mrs Ibu mama , pggil Mr abah Daddy. dio jo yg pelik2 ..

"Eh apa pulak , kakak tak nak kawin dengan orang dekat2. Kakak nak kawin dengan orang jauh ! Ini tidak adil , tidak adil bagiku uuu "  Saya bersuara sambil memeluk tupperware keropok bersuara.

"Nak kawin dengan orang jauh ? Kawin dengan org Kuala Lipis nak? Jauh jugak tu . Jauh ke dalam hutan ." kata Alang.
"Alah Alang, kenapa bagi yg dekat je? Kakak nak jauh lagi ke ? Kakak kawin je dengan org tukau.. " kak Dah giat memberi cadangan .

"Ala , Tukau tu dekat dengan Brunei la . Bagi dia kat Teluk Darvel. Jauh gile nak pergi KK" kakak  yg lain membantah .
" Ala takpe , zaman dah berubah, dunia dah maju. Kakak boleh naik flight. Boleh naik kapal terbang kecik. Okey ape ." Saya cuba membela diri.

"kat sana susah nak jumpa kawasan rata. Naik kapal terbang kecik sekalipun tak guna .." abang menyampuk.

"Bagi je dia Sri Aman . Nak sampai ke Kuching berapa lame tu . Dah la nak dekat dah dengan indon. Hahaha.." kak Dah semakin giat ..
" perghhhhhhhhh .. dekat giler .. kakak nak kawin dengan org kedah ke , yg pasti nak orang belah2 utara" Saya menyuarakan keinginan .

"susah-susah sangat kawin je dengan bangla. Jauh pun jauh . boleh naik flight lame2 " tiba2 abang cha datang memberi pendapat dengan selambe badak airnya .

"weh . ape pulak dengan bangla. lain la kasi omputih. ini tidak ." riuh satu dapur dengan gelak kami .

Bangla dia nak bagi? Tak patut betul ..

Nota Cinta : jodoh pertemuan , ajal dan maut ditangan Allah. Walau kita tak nak sekali pun kalau dah jodoh kite dengan Bangla , kite kena terima seadanya .. >_<

Thursday, 2 February 2012

Budu dan kelapa parut

Kisah ni berlaku 2 or 3 tahun yang lepas ...

Sedang saya lunch, makan nasi lauk singgang cicah pulak dengan budu.. perghhh ! sedap hingga menjilat jari O_O .. Mr. Abah pun datang sambil lompat2 kegembiraan . fake je tu . hehehe . aku je yg biasa lompat2 ni. Mr Abah pun cakap ..

"tumpang dua kaki "

"empat kaki pun boleh " jawab saya.. lalu Mr Abah bersila di tepi ku. Kami tak makan atas meja sebab sesak weh ..

"Cik Nah nak kelapa parut sikit buleh? " Mr Abah menegur sekaligus meminta kelapa parut dari Mrs Ibu . Mrs Ibu datang membawa kelapa parut bagai menatang minyak yang penuh dan memberikan kepada Mr Abah. Kemudian Mrs Ibu turut menumpang kami lunch ..

Tiba2 tindakan Mr Abah menyentakkan saya .. Mr Abah meletakkan kelapa parut dalam buduku .. Sob3 . Di situ juga saya mengalirkan air mata kesedihan kerana buduku sudah dicemari oleh kelapa parut .. Terbantut sudah selera .. Saya sempat bertanya ..

"kenapa abah letak kelapa parut dalam budu kakak ? tak sedap la .." waaaaaa .. Saya menahan kesedihan .. menahan hingu daripda keluar ...

"ape pulak tak sedap .. sedap ni.. " Mr Abah sudah mulai menjamu selera begitu jugak Mrs Ibu . Sungguh saya sedih melihat keadaan budu yg dicicah oleh parents  yg kelihatan enak menjamu selera. Datang pula abang Long..

"eh makan ape tu? budu kelapa parut? sedapnya .. dah lama tak makan mcm tu.. " ujur abang Long dgn excitednya . Dia mengambil pinggan lalu diletakkan nasi dan lauk . Dia mulai bersila untuk menjamu selera .. Keriuhan di ruang tamu langsung tidak di endahkan 3 beranak ini . Saya pulak yg terasa nak beranak tengok diorang makan. Tanpa dapat ditahan ...

1
.
.
.
.
.
.
.

2
.
.
.
.
.
.
.
.
3

suuup .. Saya terus mencicah budu tersebut tanpa dapat ditahan2 .. sampai saja ke lidah , duppp ! Saya rasa lain .. rasa dia sungguh AWESOME ! rasa lemak2 gitu .. makan punya makan abis la nasi saya satu pinggan .. sedap rupanya .. Saya bangun membawa pinggan ke singki dengan senyuman melebar :D

Dan semalam ..

balik sahaja dari sekolah , saya masuk bilik , letak beg , sangkut tudung , buang stokin terus aku pergi ke dapur and aku bagai terbang di awan awangan bila melihat budu kelapa parut tersedia di bawah saji .. terus aku menikmati tanpa segan .. wat pe nak segan bukan ade orang pun . makan punya makan abis lah nasi 2 pinggan , budu sepiring >_<

begitulah kisah cinta saya dan budu kelapa parut ^_^

Nota Cinta : dialong di atas diubah sesuka hati :D dialog yg sebenar sila tengok akhbar The Stars bertarikh 16 April 1996 ;p