WARNING! Some of the English application (also the grammar) might be wrong as I'm not good enough in English.

Pages

From Me

Did you perform your solah before read the entries on my blog?

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it." - Al-Tirmidhi, Hadith 148

Monday, 11 May 2015

Oh No, Auratku !

Assalamualaikum ! 

Hari ni saya nak share sikit pasal batas aurat. Before this saya ada tulis pasal aurat tapi in English. Sekarang saya cuba tekankan apa yang biasanya menjadi salah faham kita.

1. Batas dengan ipar duai

Surah An-Nisa ayat 23 ,

"....Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua adik-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu) kecuali yang berlaku pada masa lalu."

Mungkin orang salah faham ayat ni. Sememangnya kita ditegah berkahwin dengan 2 orang adik-beradik dalam satu masa akan tetapi jika si isteri meninggal, si suami boleh berkahwin dengan adik ipar. Maka dengan itu, batas aurat perempuan sama seperti lelali ajnabi. Kena pakai tudung macam biasa depan ipar duai. Namun diberi rukhsah pada bahagian kaki (tak perlu berstokin). Namun, menutup kaki itu lebih baik.


2. Mak/Bapa Saudara Sabit

Mak/ Bapa Saudara sabit ialah suami/isteri kepada mak/bapa saudara kandung (adik beradik mak/ayah). Memandangkan jika mak/bapa saudara bercerai dengan pasangan mereka, kita boleh berkahwin dengan pasangan mereka, maka aurat adalah seperti biasa. 

3. Sepupu

Sepupu. Dari kecil lagi main bersama. Bagaikan adik beradik sendiri. Tapi sayang.. mereka tetap bukan adik beradik mereka. Jadi, kita perlu menutup aurat seperti biasa.

4. Adik-beradik tiri

Adik beradik tiri ini refer kepada adik yang berlainan mak dan ayah. Aurat kita adalah seperti orang luar. Kena tutup aurat dengan sempurna.

5. Ayah/mak tiri

Ayah/mak tiri jika belum bersetubuh dengan mak/ayah kandung kita, maka aurat kita mesti cover sepenuhnya. Jika mak/ayah kita sudah disetubuhi, maka aurat kita hanyalah dari pusat hingga lutut.

6. Non-yet-muslim

Non-yet-muslim is not an issue. Kalau yakin dia boleh jaga aib kita, tidak menceritakan aurat kita pada yang tidak sepatutnya, jika sesama jantina, aurat kita hanyalah dari pusat hingga lutut. Jika seseorang tidak mampu jaga aib kita (menceritakan aurat kita kepada lelaki ajnabi), maka tidak kira muslim atau non-yet-muslim, aurat mesti dicover sepenuhnya.

Itu saja setakat ini. Jika ada kekeliruan boleh drop comment atau email ke syahyosonn@gmail.com . 

Wallahu'alam.

p/s : orang yang kita kena cover aurat didepannya, kita juga tidak boleh bersalam. 

Show me RIGHT from WRONG . Indeed , I'm a learner =)

No comments: