Dengar khabar hari Isnin ni (25 Mei 2015), kolej matrikulasi akan menerima pelajar baru sesi 2015/2016. Siapa yang mendapat tawaran ke matrik, tahniah saya ucapkan. Masa saya dapat tawaran ke matrikulasi, saya sendiri pun tak tahu apa yang perlu apa yang tak perlu. So, saya akan cerita serba sedikit pasal matrik supaya kamu semua mendapat idea keperluan untuk dibawa.
Di matrik kamu akan ada kuliah, tutorial dan amali. Biasanya kamu akan memakai baju formal. Bagi perempuan kamu akan memakai baju kurung, kasut berkulit/PVC gelap (hitam seeloknya) dan plain. Manakala bagi lelaki kamu akan berkemeja, kasut berkulit/PVC dan berseluar slack. Bagi perempuan non-muslim, kamu dibenarkan memakai kemeja dan baju tradisional yang sopan. Student matrik akan di provide t-shirt koko yang dipakai ketika koko dan lab-coat untuk kelas amali.
Pakaian
Perempuan
- T-shirt
- Seluar track
- Baju tidur
- Kain sarung (kain batik/kain pelikat)
- Shock
- Kasut berkulit/PVC plain (hitam lebih baik)
- Sejarah
- Yassin & Tafsir
- Sweater - if cuaca sejuk
- Sandal
- Blouse & Skirt (P - optional) - untuk pakai pergi discussion or extra class
- Baju kurung (P)
- Jubah (P) - kot lah nak pakai pi surau
- Tudung dan serkup (P)
- Telekung (P)
- Kemeja (L)
- Seluar slack (L)
- Tali leher (L)
- Baju Melayu (L)
Toiletries
1. Sabun
2. Syampu
3. Berus gigi
4. Ubat gigi
5. Selipar
6. Pencuci muka
7. Towel (bawa dua senang nak basuh)
Kemasan diri
1. Cotton bud
2. Pencukur
3. Sikat
4. Pengetip kuku
5. Deodorant
6. Losyen
7. Perfume
8. Minyak rambut
Laundry
1. Hanger
2. Hanger bulat (nak jemur pakaian dalam)
3. Baldi
4. Berus
5. Sabun basuh
6. Bakul baju (beli yang fleksible dah)
7. Bakul kecil (letak toiletries)
8. Pengepit
9. Gayung (tapi saya dulu tak guna pun)
Keperluan Bilik
- Bedsheet
- Bantal (kalau nak lagi selesa)
- Penyangkut (yang lekat lekat kat dinding tu)
- Selimut
- Mangga
p/s : yang lain tu beli kat kolej je lah, Buat berat bawa je. tikar, penyapu, mop lantai tu pakat pakat beli dengan roomates ok?
Makan
1. Mug
2. Pinggan/ Mangkuk (nak masak maggi ke)
3. Thermos kalau malas nak cari cerek
4. Botol air
5. Stok makanan
6. 3 in 1
Gadget
1. Phone (kalau boleh smartphone available whatsapp and telegram. Camera well function)
2. Laptop (kalau nak mudah kerja. sem 2 berguna untuk buat research)
3. Earphone
4. Pendrive (nak ambil nota softcopy)
5. Charger
Barang-barang elektrik tidak dibenarkan sama sekali dibawa. Iron, kettle and lampu study are provided. Jangan lupa bawa dokumen yang diminta. Check dokumen dan settlekan semuanya sebelum bertolak.
Good luck !
Show me RIGHT from WRONG .
Indeed , I'm a learner =)
3 comments:
Tips yang bagus untuk student2 yang baru nak masuk matriks. Btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob
perkongsian yang bagus.
:) senang cite macam masuk asrama.tpi matrik bebas sikit je.
tahniah kpd adik2 yang berjy melanjutkan pelajaran ...
Yes! Akhirnya berjaya juga singgah sini dan follow blog my favourite girl! Eheee... Syaf, sudi2 la follow blog Kak Sofia juga ya? Selamat berpuasa, Syaf! ^_~
Post a Comment