WARNING! Some of the English application (also the grammar) might be wrong as I'm not good enough in English.

Pages

From Me

Did you perform your solah before read the entries on my blog?
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it." - Al-Tirmidhi, Hadith 148

Sunday, 15 November 2015

Allah love me

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari saya just nak update a journal.

16 November 2015
Isnin

Banyak kali saya merasakan Allah sangat sangat sangat sayang pada saya.


Setiap kali saya tersasar mesti ada saja teguran yang diberi.
Setiap kali ikhtilat tak terjaga,
Setiap kali lagha dgn media sosial,
Setiap kali malas,
Setiap kali jadi pemarah..
Mesti ada yang datang menegur.
Alhamdulillah.


Masa tu rasa macam "Ya Allah.. Sungguh Kau sayangkan hambaMu ini.
Cuma hambaMu ini saja yang tak reti bersyukur."


Jujur saya katakan, memang tiada teguran demi teguran, agak susah untuk menjaga hati.
Agak susah untuk beristiqomah.


Macam tu juga kalau saya upload gambar di medan sosial.
Lepas tu mesti ada terbaca artikel atau apa-apa entry betapa seorang wanita ini sangat berharga. Tidak patut menjadi  tatapan umum.
Walaupun upload gambar menepati 4 syarat tu, still kena jaga mata dan hati muslimin yang melihat.


Sekali lagi, saya padam gambar tu.
Saya sangat rasa kasih sayang Allah tu Maha Hebat.
Sampai macam tu sekali Dia menyentuh hati hambaNya.


Hari tu pula, saya tersalah pilih kawan, tersasar juga lah seketika.
Then, ada seorang akak ni tegur.
Alhamdulillah tak sempat tersasar jauh.
Masih boleh dikembalikan.
Tidak lama selepas hubungan kami renggang, mereka telah menjadi buah mulut orang.
Allahurabbi.
Memang Allah nak lindung sangat hambaNya yang seorang ini.


Dan sebagai hamba,

فبأىءالاءربكماتكذبان؟

Nikmat mana lagi mahu kita dustai?
Semua Allah dah bagi. Kita je yang tak  reti reti nak bersyukur *nangis*



Ya Allah, mungkin apa yang saya dapat hari ni bukan kerana doa saya.
Mungkin kerana makbulnya doa doa generasi sebelumnya.
Mungkin kerana doa rakan rakan.
Mungkin juga kerana kasih sayang dan rahmatMu ya Allah.



Pada teman, memang berhijrah tu tak mudah. Hijrah tu mujahadah.
Kadangkala kita sendiri yang tak mampu buat. Dengan itu minta segalaNya pada Allah.
Walau kita tersasar, in sha Allah, Allah kembalikan kita balik.
Put all the faith and trust to Him.


Jangan lupa doa tetapkan iman.







Assalamualaikum !
Show me RIGHT from WRONG .
Indeed , I'm a learner =)

Wednesday, 11 November 2015

Hijrah and Struggle

Assalamualaikum w.b.t

Everyone in this world have their own struggle. No matter in what level our imaan were. Because dunya is the place that you're tested. Akhirat is the result for all our deeds. Nothing will leave behind. We'll punish for our fault and we'll reward for our good.

Life is all about choice indeed. Hijrah also a choice. Yes, hijrah is not an easy way. Bukan mudah nak buat perkara yang kita tak biasa. Nak nak kalau yang perempuan. Dari pakai jeans yang melekat kena pakai yang longgar. Dari pakai t-shirt biasa kena pakai t-shirt yang labuh. Tudung sekarang macam macam pesen. Semua cantik dimata perempuan. Kita memang sukakan benda yang kawaii,benda yang cantik, benda yang comel. Itulah perempuan.

Memang.. Masa mula-mula berubah kita akan rasa rimas, rasa awkard, rasa macam semua orang pandang kita pelik, rasa macam 'Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni.' Bila kita tersilap masuk ke zaman silam sekejap, orang akan pandang serong. Orang tak percaya kita dah berubah.


Dan first step kita berubah, macam-macam persepsi kita terima. Ada positif tidak kurang juga yang negatif. Dan yang negatif tu dulu yang menyerap masuk dalam diri kita kan? Ada yang lagi sedih tiada kata positif yang diterima. Tiada yang menyokong.

Saya ada satu cerita...

Saya merupakan seorang pelajar harian biasa. Sekolah kami di pinggir bandar. 2 tahun pertama di sekolah (form 1 dan form 2), hampir setiap kali perhimpunan harian ada saja pelajar yang dirotan disebabkan masalah disiplin. Dan orang yang kena tu boleh dikatakan orang yang sama. Pelajar kelas depan juga buat masalah, apatah lagi pelajar kelas belakang.

Pada yang tidak pernah bersekolah harian, saya beri sedikit gambaran kebanyakkan orang fikir tentang pelajar kelas belakang. Bila sebut kelas belakang, apa yang pop out dalam minda adalah kaki ponteng, kaki lompat pagar, masalah rambut, masalah pakaian, tak pakai stokin pergi sekolah, kurang ajar dengan cikgu, akademik hancur. Sampai ada cikgu mengatakan, pelajar kelas belakang dah tak boleh dididik.

Nak dijadikan cerita, memandangkan kelas kami adalah ada subject elektif selain sains tulen, kami ditempatkan di aras sama dengan pelajar-pelajar kelas belakang.

Mereka bukan teruk seperti yang kalian sangka. Bukan semua antara mereka suka buat masalah. Walaupun hakikatnya mereka memang buat masalah, believe me, deep in their heart, they don't want to. Mereka just nak tunjukkan protes. Tapi orang mungkin tak faham.

Sepanjang berada di sana, beberapa kali didatangi dan saya juga mendekati mereka. Ada cerita yang mampu buat kita menangis. Ada yang ingin berubah, untuk memakai tudung pun sukar pada mereka. Dengan faktor keluarga. Dengan faktor rakan. Dengan bayangan masa silam. Kata-kata seperti ini biasa menerpa di telinga;

"Suatu hari nanti, aku akan pakai macam kau.."
"Kau takpe, ada kawan, family, cikgu yang sokong kau. Aku?"
"Bukan aku taknak berubah.. Tapi aku tak boleh."



Mereka tiada kekuatan, mereka tiada panduan, mereka tiada sokongan. Alhamdulillah, ada yang berjaya berubah tidak kurang juga yang futur di tengah jalan. Saya dan rakan-rakan yang ada bimbingan ini pun pernah futur apatah mereka yang tiada bimbingan. It's hard to them. Ajakan ke arah mungkar lebih banyak ke arah maa'ruf. Jangan terkejut nanti dekat akhirat kita ditanya, kenapa tidak kita 'amal ma'aruf nahi mungkar.' Sebab di luar sana, ramai menanti ajakan kita.

Inilah struggle mereka. Mereka just nak struggle pakai tudung, tak pakai baju sendat. Bukan pakai yang labuh labuh pun. Tudung pun tak lepas syarat lagi, tapi nak struggle bahagian tu pun susah tau. Mereka struggle to learn solat, bukan nak solat 5 waktu. Nak belajar solat je. Mereka struggle untuk tidak tinggal solat, bukan struggle nak solat on time.


Tapi kita yang tak kenal mereka ni tend to say,

"Perempuan ni pakai tudung tak cukup kain."
Kita tau ke masa silam mereka tak pakai tudung langsung?

"Dia ni, dah hujung hujung waktu baru nak solat?"
Kita tau ke masa silam mereka solat pun tak tahu macam mana?

"Allah.. Rukuk pun tak betul."
Kita tau ke keluarga dia, tak pernah ajar dia solat?

"Dia ni.. tak padan dengan pakai tudung labuh gelak macam pontianak."
Kita tau ke, dia pakai tudung labuh sebab nak kawal diri dia dari berbuat kemungkaran. Tapi dia manusia yang kadangkala lupa.

"Amboii perempuan ni, tudung bukan main belit belit."
Kita tau ke dia tak nak nampak buruk walaupun dah berubah.

We know nothing about someone's struggle. Kita dah hijrah, kita have our own struggle. Struggle nak jaga hati, nak jaga iman, nak jaga akidah, nak jaga akhlak, nak mengaji, nak solat. Struggle orang mungkin tak kan sama dengan apa yang kita nak strive for, maka terima. Jangan sibuk mengata. Bimbang nanti orang nak jadi baik terus berubah jadi syaitonirrojim. Nau'zubillahi min zalik.

Sesingkat manapun tudung dia, sepacak mana pun rambut dia, please respect their jihad. Lagipun kita kena ingat, hidayah ni milik Allah. Mungkin seru sampai, tapi hidayah dia belum dapat. Kita yang dah diberi hidayah ni berdoalah semoga Allah kekalkan hidayah dalam diri kita.



Dan ingat, Allah Maha Pembolak balik hati. Allah nak bolak balikkan hati kita kejap je. Jaga kata, jangan lantang bersuara. Gantikan dengan doa yang memberi kebaikkan kepada semua.




Update tentang penulis :

Pejam celik pejam celik, dah lebih 2 bulan berada di rantauan. Di tempat yang mana bak kata Cikgu Zul kimia cakap "not meet the elbow"(dok temu siku in Terengganu which is tiada persamaan) langsung dengan tempat asal saya. I'm totally in different world; the races, the cultures and almost everythings. Even raya aidil adha pun tak rasa raya *nangis kejap*. Somehow, I'm glad to be here. Peace and calmful. Jauh dari hiruk pikuk kota. Jalan dia tak busy. Tak hectic. The most important the scenery still green. Alhamdulillah. 


Assalamualaikum !
Show me RIGHT from WRONG .
Indeed , I'm a learner =)