WARNING! Some of the English application (also the grammar) might be wrong as I'm not good enough in English.

Pages

From Me

Did you perform your solah before read the entries on my blog?
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it." - Al-Tirmidhi, Hadith 148

Thursday, 12 July 2012

Special For KAU PEMILIK HATI by Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum cantik dan kacak saya ..

Apa khabar semua ? Harap semuanya sihat walafiat . Jam berganti jam , hari berganti hari saya nak buat entry for KPH ni . Tapi entah kenapa line TM area rumah saya ni menyengal aje . Asyik crash aje page chrome ni . firefox toksah cakap la . Buka pun tak boleh . Sekarang ni pun facebook , twitter ada web loading problem . Argh , sungguh la menyesakkan .

Back to business ,

Hari ni saya nak buat review , ouh not so review la . It's more to special entry for KPH . Saya bukanlah seorang perajin nak review me'review' ni . kalau saya buat review novel mesti novel lain akan menyusul review dia kan? Saya tak begitu rajin nak buat follow up review ni . Tengok review blog sudah . Baru #2 .. yang lain ? mim aliff lam sinn .



Kau Pemilik Hati hasil karya Ayumi Syafiqah gadis berasal dari Terengganu . Ni yang sebenarnya . Siapa cakap orang pantai timur tidak mampu berjaya kan ? See , seorang lagi anak Terengganu melahirkan novelis selain novelis otai kita iaitu Mimie Afinie .

Novel ini diterbitkan oleh syarikat KakiNovel . Cerita dia mcm mana ? Nak cerita dari A-Z mmg tak la .. here the synopsis :)
Sinopsis:
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


Novel ni saya beli dengan dia punye novelis sendiri :) Harga hanya rm20 tapi untuk member kakiNovel hanyalah RM16. Psst , kalau yang tinggal kat Terengganu , korang beli dekat Kedai Buku Banggol guna kad TaHa ( kad tabung haji utk umur 17 tahun kebawah) .. dapat diskaun 15% :) haish panjang pulak cerita dia .

Bingkisan dari saya untuk KPH :-


first , sya bagi 3 bintang sbb dari kecik sampai sekarang , sya kenal 3 bintang aje , bintang yang paling cantik .. jalan cerita konstra dengan yg lain sbb yang lain biasanya selalu perempuan nak kena ubah lelaki .. Tp KPH lain .. susah lelaki nak terima perempuan yang ego mcm Qarissa tu . Zafril mmg seorang yang sabar dan tabah .. tp Sya geram dekat Zafril time dia berlakon tu .. Ya Allah , masa tu kesian dekat Qarissa . mmg overall novel ni best ♥ dan gaya bahasa dia sedap ...
Zafril.... Seorang lelaki yang bertanggungjawab .. Seorang kekasih yang redha .. Seorang suami yang penuh kesabaran . Mana mungkin seorang lelaki menerima gadis seperti Qarissa yang keras kepala. Cakap tak pernah sopan . Mulutnya terlalu susah untuk mengukir senyuman . Namun tidak pada Zafril . Sekali dia jatuh cinta . Dia terima segala-galanya tentang diri Qarissa . Kesabarannya , cukup membuat saya kagum . Berkat kesabarannya , batu yang keras dan boleh berubah menjadi permata yang cantik .

Qarissa ... Gadis yang dulunya liar , sombong , tidak tahu adab sopan boleh berubah menjadi gadis yang lembut , tutur yang sopan dan tidak menyakitkan hati . Bibirnya juga sudah boleh mengukir senyuman . Saat dirinya mengecap kebahagiaan , dugaan ke atas dirinya memberi perubahan buat Qarissa . Betullah kata orang pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Pelariannya membuka hatinya untuk menjalankan tanggungjawab Allah . Dia seperti Qarissa yang baru dilahirkan semula .



SyaSayss :-
(1) Entry ni dah buat dari minggu lepas lagi . Tapi tidak sempat nak siapkan . Alhamdulillah , dengan izin Allah , dapat jugak publish hari ini.
(2) Kawan saya ingatkan novel KPH ni saya yang tulis . Hehehe . Almaklumlah , nama penulis pun Syafiqah kan? hampir sama dengan nama saya , Syafiqa.

Jom terjah blog kak Ayumi Syafiqah

No comments: