WARNING! Some of the English application (also the grammar) might be wrong as I'm not good enough in English.

Pages

From Me

Did you perform your solah before read the entries on my blog?
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "A servant of God will remain standing on the Day of Judgment until he is questioned about his (time on earth) and how he used it; about his knowledge and how he utilized it; about his wealth and from where he acquired it and in what (activities) he spent it; and about his body and how he used it." - Al-Tirmidhi, Hadith 148

Friday, 16 March 2012

"Auntie Aku Hantu ?" - Hakim "U dengkikan Saya ke ?" - Sya

 The story begin here .......


Semalam time tengah tengok Hantu Dalam Botor Kicap , adik aku dapat panggilan dari kak Suzie . Beliau suruh aku and nephew aku pergi rumah Uda (akak aku yg lain) . Tapi kami tak gerak jugak . Adik aku dah pergi dah masa tu . Aku tunggu Hakim install game dalam lappy dia . then , bila dia dah siap install dia ajak aku pergi .


Dia pun berjalan keluar rumah manakala aku berjalan ke tiang tengah rumah untuk ambik kunci motor . Di muka pintu aku baling kunci motor dan selamat disambut oleh hakim . dia pun start dan pusing motor sambil aku terkial-2 pakai selipar . Selipar je pun tapi susah jugak nak pakai . haih -_-' memandangkan hakim dah tunggu aku , aku mempercepatkan langkahku . 


malangnya , baru saja aku nak angkat kaki , motor dah menderu laju . aku senyap . terpegun . ternganga jap mulut . dan aku perasan jiran rumah depan tersengih tengo aku . aku tak mampu nak panggil hakim . perutku bagaikan nak pecah menahan tawa . 


aku kemudian berjalan ke tingkap sambil menekan perut . sebaik saja nampak kakak ipar aku , aku terus jerit 


" kak iefa ! hakim ingat kakak dah naik motor lah . hahahahahahahaa .. "


tanpa dapat ditahan-2 tawa ku meletus jua . 


"apa ?" kak iefa cuba meminta kepastian .


"sekarang ni hakim bawak motor kan ? dia ingat kakak dah ada kat belakang dia . "


apa lagi , kami gelak bagai nak rak . nasib baik rumah Mr Abah yg kat bawah ni batu . Kalau kayu dah lama dah runtuh . Kak Muni sampai terjatuh kerusi sebab ketawa kuat sgt . Aku hampir tergolek atas tanah . Aku hampir tak leh bangun sebab aku ketawa sampai sakit pinggang . kak iefa pulak dah semput dah ketawa masa tu .


baru je ketawa kami nak reda , Hakim balik semua . Berhenti je motor Hakim terus tanya 


"u pergi mana tadi ?"


hahahaha . sekali lagi ketawa kami pecah . dalam semput-2 kak iefa menjawab ,


"kenapa Hakim tinggal mokqa terjatuh dari motor tadi ." perghh . pandai betul kak iefa berlakon .


"aduh sakit pinggang " aku cuba bangun tetapi pinggangku sakit akibat terlalu banyak ketawa. tapi hakim salah faham . dia ngat aku sakit pinggang sebab jatuh motor .


"betul ke ?" tanya hakim dengan wajah yang bimbang .


"pergi kemana ape nye . tak sempat lagi naik motor u dah gerak . baru angkat kaki motor dah jalan ." lantas dia ketawa . 


then aku naik motor dan Hakim start lah cerita . Dia cakap , dia ingat aku dah naik motor . pastu masa turun bukit dia rasa ringan semacam . dia tanak lah peduli . tapi bila dah sampai rumah Uda dia terasa nak tengok belakang . terkejut giler bila tengok aku takde . masa tu dia fikir aku ni hantu . dia terus balik semula kat rumah , mana tahu aku ade kat rumah . 


terbukti bila dia balik , aku duk ketawa sampai terduduk . thats why dia terus tanya kemana je aku pergi . bila sampai rumah uda , semua org hairan kenapa kami asyik ketawa je . bila kami cerita semua orang gelak . 


tambah satu lagi episod ,


time nak balik tu , si hakim ni balik dengan adik aku . aku sudah je basuh pinggan-2 satay semua , aku minta diri nak balik . tapi aku cari-2 kunci motor takde . aku pinjam fon uda (maklumlah org takde fon ni pinjam org punyer je) , aku call Mrs Ibu .


tet . tet . tet . sebaik saja talian bersambung aku terus redah ,


"Mak , minta tolong tanya Hakim mana dia letak kunci motor ,"


"Hakim , hakim letak mana kunci motor," sebaik saja Mrs Ibu menghabiskan ayat beliau , aku terdengar gelak dari hujung talian menandakan ini satu petanda yang tak baik . 


"Kunci motor ada dalam poket hakim la kak .." bagi tau Mrs Ibu sambil ketawa .


"Mohon dia hantar secepat mungkin . " 


" Dia dah nak pergi tu ."


"Mekasih mak "


tunggu dalam 3 minit , Hakim datang bawak kunci . balik aje kat rumah aku terus tanya , 


"u dengkikan saya ke ?" dia hanya gelak . abang ngah pun masuk dalam rumah and cakap 


"mamai betul hakim ni . " nah kau .. 


kejadian tu buat kami senyum sepanjang hari . 

17 comments:

hafiz hafizol said...

@..@ , keluarga bahagia XD

Sya Hyo-Sonn said...

gamsahabnida ^_^

LUTFI SYAFIQ said...

hahahaha. boleh pulak..

Farrah yong said...

baru angkat kaki da motor gerak .

kalau akk kan ? memang akk sekeh je .hahahhah ;p

CekbOlat-bOlat said...

err.. hakim ni mengong ke hape =="

aiyakk

Sya Hyo-Sonn said...

tu la . nasib baik baru angkat kaki . kalau tak free2 je jatuh :)

Sya Hyo-Sonn said...

heheh . org tak sekeh kak . org bagi je sepit ketam kat dia . baru dia tahu ^_^

Sya Hyo-Sonn said...

bukan mengong la sis . cuma kuat berangan . mamai lettew . hehehe

Miss Butterfly said...

HAHAHAHAHA kim salam hakim eh ? kehkeh

Sya Hyo-Sonn said...

arosso (Y) . kan ku kirimkan salam buat dia ^_^

MaYa MustWany said...

hahaha..adoi2..hakim tengah mamai ke tuh,asyik blank je..kikiki..cian2..

nsib baik xjtuh kan..hihihi

Lindaannur said...

hahahaha...
tumpang gelak ye...
BTW tau blog awk dari blog abg ben...
MAmai la hakim...
lawak ar..hahaaha...
Da alang2 sampai sini,kita follow ye...
Kalau tak keberatan singgah blog kita.. ^_^

Mohd Norafzal said...

cerita awalan tu..dh mcm citer antu.ada gak terjadi kat kawan.dia rasa mcm dh ada org dok blakang..tapi bila smpai destinasi..takde plak

Sya Hyo-Sonn said...

haha .
thanks sis dah sudi dtg ke teratak buruk org ^_^
tu la , semua org cakap dia mamai .

Sya Hyo-Sonn said...

haha . cerita hantu pun boleh tok :)

Sya Hyo-Sonn said...

hahaha . tu la , otak duk pikiaq nak install game je . tu yg jadi lagu tu .

afifudinsohaini said...

thanks join segmen entry terbaik jeritpekik..nice entry..
baca yang atas seram gak ar..mau pusing-2 nampak benda lain macam mana..haha